snow.

Wednesday 5 June 2013

Hitam.

Assalamualaikum. now, aku mau cerita pasal yang paling cantik tertarik kau memang da boom habis laa. cerita pasal kejadian hitam yang menimpa kami sekeluarga pada 23 december 2012. bersyukur juga ke hadrat illahi sebab masih bagi peluang untuk menatap melihat menengok menampak wajah-wajah orang yang aku sayang sampai hari ini. Umi. abah. kakak farah. abang. chicco and included me. huu. alhamdulillah semunya selamat. selamat setelah mengalami kemalangan. kemalangan kereta. huu.  habis hancur kereta yang kami naik semasa dalam perjalanan balik ke Tawao. from KK to Tawao. accident tu terjadi disimpang Jeroco. tempat tu memang selalu ada eksiden. faktor utamanya. kemungkinan besar disebabkan oleh simpang keluar masuk trailer lori muatan berat di situ tidak strategik. huu. sini aku kasi lihaat kamu betapa hancur remuk kemik lenyek nya kereta abah tu. 


*total lost :(

hmm. ni photo after tu abah shoot time abah pigi lawat dia di LD sana sekali tukar rim asal. aku bersyukur sangat-sangat sebab kami masih hidup sampai hari ini. accident kami no boleh dikatakan dalan kes yang teruk juga ni. sebenarnya, tempat tu memang selalu accident. dan biasanya orang yang accident di situ. memang on the spot juga jalan pergi ke rahmatullah. nasib baik. syukur alhamdulillah. sedih juga lahh transfomer a.k.a second wife abah teda suda :( maka time dulu ni avanza laa single-single, solo-solo begini. tapi ada suda sekarang orang copycate. sumpah! sakit hati tinguk tu kereta. mengikut T.T no style kali. haha. tapi SYUKUR ALHAMDULILLAH. nyawa lagi penting daripada semua ni :) ndapa, mungkin ada hikmah daripada kejadian ni semua. and mau cerita dulu macam mana kejadiannya.

Firstly, macam memang ada petanda-petanda suda. time tanggal ni ada saintis ntah dari mana ramal yang bumi akan gelap dalam beberapa hari so malam time dinner umi ada cakap " biar laa ada apa-apa terjadi, sama-sama mati". nduu,time ni sedih betul. pastu, time kami jalan sendiri-sendiri, aku sama kakak ona tejumpa ustad. then, ustad ajak konvoi. pulang sama-sama pigi tawao. tapi abah tetap juga mau pulang bisuk means tanggal duapuluhtiga tuu. sekalinya, keesokkan nya. aku rasa lain k. sumpah lain gila daripada yang lain. biasanya kalau mau pulang tawao happy-happy ja pi menyalam mami. lambai-lambai buka tingkap, senyum-senyum. sekali haritu, semua nya lain. time mau gerak suda habis besalam-salam. abah masuk dalam kereta, then nenek perasan yang si kakak ona lihat-lihat abah jaa. biasanya nda begitu. then, nenek cakap" kakak, kenapa kau tengok abah mu begitu. pigi kau cium abah " then, kakak ona pun pi cium. sebab kakak ona stay sana. dia sambung belajar di UMS. then, semuanya masuk kereta terus tidur, teda lagi yang buka tingkap then lambai-lambai tangan sambil senyum-senyum pagi sampai ke telinga. pastu, umi suruh aku baca doa. k, aku baca laa. tapi abah nda. abah siok dengan facebooknya seja. memang fb ni kuat melalaikan. so, jangan telampau tepengaruh. dan aku sekarang takut facebook--" haha

lepastu, three, four, five, six. haha. ngam-ngam time tu ada wedding keluarga di sandakan. abah DUA HATI mau pigi. last-last cerita enda juga kami pigi. sepanjang perjalanan otw balik hujan ja memanjang. so, jalan licin ni. sekali sampai simpang Jeroco, ngam-ngam turun bukit. time tu maybe abah bawa 80m/hr. kira pelan laa ba suda tu kan? tapi disebabkan hujan agak kelicinan. so, time tu lori trailer tu mau keluar simpang ba. 50/50 nii dia mau keluar ka enda. last-last dia keluar seja. then, 'keteboom'! abah cakap kalau abah nda panic dengan situation tu, abah masih dapat kawal ba tu kereta. tapi abah agak panic so, yaa. abah kunun mau safe sebelah kiri penumpang tu. kunun-kunun abah jaa la ni yang akan tanggung risiko. baiknya abah. abah lagi pentingkan keselamatan and nyawa kami :') tapi, alamaknya di belakang abah tu si abang. nahhh, dua la patah kaki sebelah kanan kepala dorang kena kaca. walaupun abah mau safe umi and kami-kami yang lain, mungkin sebab umi lemah right. tangan kiri umi patah :(    then, aku duduk belakang umi. sebenarnya ak safe! cuma, ipin kan duduk belakangggg sekali punya tempat duduk. dia mau kasi keluar kami dari kereta, nasib ja laa tu tempat kami accident ngam-ngam di kampung orang. kena-kena lagi time petang, confirm la baa tu kan ramai keluar-keluar, main-main. then, orang kampung cakap "eh, eh mau tebakar suda keretanya!" bukan mau tebakar laa. kan enjin panas, then kena hujan beasap la baa kan. tapi orang kampung sangka mau tebakar. then, nasib ja laa aku ada kakak yang kuat macam kakak fara! dia yang kasi keluar kami dari kereta walaupun kepalanya berdarah. sedih ni :/ aku di kasih keluar dari kereta terus di heret a.k.a di bentang di atas aspal. time tu kepala aku nda bole bergerak walau sedikit pun! sumpah! sakit! sebab time kejadian tu aku tidur, abang pun tidur. kalau kami bangun, mungkin keadaan nda begini. nasib ja laa ada orang kampung bawa kami pigi hospital, time otw pigi hospital, macam-macam yang berlaku ciko balik-balik cakap " mii, ciko minta maaf ya mii, ciko minta maaf" andu. kesiannya ciko. kakak fara sibuk call mami yang berada di kk. si abang baring di atas kakak fara. suara nya sumpah sedih gila. kami pikir dia mau teda suda di dunia ni. tapi alhamdulillah Allah masih panjangkan umurnya :') tapi, aku sempat online and post di facebook yang kami accident. dari tuu semua orang akan tahu apa yang terjadi. 

tapi time kami otw pi hospi, abah still dalam kereta, sebab depan kereta abah tu hancur renyuk kemek habis! sampai kaki abah pun tsepit. macamna juga kan mau begerak kalau kaki suda patah. orang kampung berusaha suda nii mau kasi keluar abah. tapi disebabkan abah terlalu berat and badan nda bole membantu tu yang abah berusaha sendiri. ngam-ngam ada toink*tukang angkat kereta* limpas tempat kejadiaan kami tu. abah pun suruh laa orang kampung panggil suruh buka pintu kasi keluar abah dari kereta. abah naik ambulance. then, pacik aku ada cerita, yang pemandu lori langgar kami tu mau larikan diri. tapi, jasa baik orang kampung pigi kejar tu pemandu lori then hantak tu penyangak! pastu, bawa dia pigi lokap. and that time hp abah sama umi hilang. s3 and bb. lagi satu handycam sama duit di dompet abah pun hilang. ohh, memang sial siapa yang ambil tu. kau tau suda kami dalam kesusahan kau ambil lagi barang kami. bodoh! 

oke time aku sama yang lain pigi hospi, aku bekaki ayam satu ja ak tebawa selipar ku, satu t'tinggal di jalan raya. haha. k funny ni. time datang-datang jaa terus kena suntik supaya kasi hilang kuman-kuman dalam badan. then, yang paling kesian umi suda laa lemah, kecik, patah tangan lagi. doktor-doktor sama nurse-nurse limpas-limpas jaa depan umi. bukan mau bawa umi pi rawat. memang layanan hospi LD teruk habis!  nasib jugalah ada family di LD. time umi pigi mau simen tangan, kakak fara pigi lapor kejadiaan ni, abah sama abang pigi bilik jahitan, tinggal aku jaa yang busy call-call orang and jaga ciko. last-last hp semua lowbat. aku yang kepenatan ni pun pigi laa tidur di katil kami. then, ada pula satu polis ni pigi menanya itu ini itu ini wishuwishu eskebenau. last-last dia pi tangkap gambar aku? whatta. sudahlah time tu rambut macam singa nda betudung lagi. ohmai. bilang yang lain ada masuk news cerita kami ni. time petang tu juga lah nenek sama kakak ona naik flight pigi tawao and sama-sama gerak denngan macik lang ( adik abah ) pigi LD. last-last cerita doktor tu, dia suruh kami stay satu malam. okfine. kami stay di rumah cousin. tapi kakak ona jaga abah, si kakak fara jaga abang. hehe. sweetkan dorang.

keesokkan harinya, baru laa ramai keluarga bedatangan sebab ramai yang dari sandakan tu kan ada wedding so singgah laa sekejap lawat kami. time pagi-pagi tu kami gerak suda otw pigi hospital Tawau. dua buah kereta ambulance tu pigi sebab satu abang satu abah. sampai jaa hospital tawao, huhh! 4hari beturut-turut visitors non-stop melawat. walawei, ramai kan adik-beradik abah, adik-beradik umi, family-family angkat ku, family angkat si abang. nduu. sedihnyaa kalau di ingat balik :'( 

so, sekarang kaki abah, abang okay suda. abang bole suda bejalan macam biasa. tapi abah still jalan t'injut-injut. tangan umi pun okay suda tapi nda bole angkat berat, buat kerja-kerja yang berat laa pokoknya. sekarang kami pakai kereta iswara hitam sudah untuk sementara. untuk kemudahan kami berurusan. sekarang suda macam biasa keadaannya :) alhamdulillah. okay laa. sampai sini ja k cerita pasal HITAM. seram kan? k. assalamualaikum.

*other picture. 

* ni time lepas umi habis kena simen tangan.

*ni paha si abang kena opration masuk besi. sandi right? macam lipan ja sekarang bekas-bekasnya tu.

*ni kaki abah yang luka-luka, sebelah sana tu yang kena opration masuk besi juga.

*ni di hospital tawau suda. huu. terus berubahkan muka si abang? sebab ada benjol di kepalanya. macam alien suda time ni. hihi. see? di kepalanya bantal warna biru tu? bantal busuk aku tu oke! terpaksa mengalah dengan orang sakit satu orang ni. mau 4malam dia guna--" huu. sabar.

*ni time di hospital tawau. 

*ni abah ;') time di hospital tawau juga.

*kbai.

No comments:

Post a Comment